Setakat kiriman ini ditulis, SPI telah menganjurkan 4 Mesyuarat utama bagi tahun 2012 ini. Mesyuarat Pengurusan SPI bilangan 1 dan 2 dan Mesyuarat Pengurusan SPI BErsama Unit-Unit PPD Bilangan 1 dan 2.
Cabaran demi cabaran yang ditempuhi SPI ditangani dengan hikmah dan bijaksana oleh barisan pengurus di SPI. Perubahan kepimpinan baru di SPI pada 2012 menyaksikan anjakan budaya kerja yang lebih positif di kalangan pegawai SPI dan PPD terutamanya berkaitan perancangan dan pengurusan mesyuarat. Teraju baru SPI Hj. Mohamad bin A.Ghani, KPP baru Ustaz Amran bin Mamat, KU UPPI Ustaz Wan Zuhairi, KU PIPA Ustaz Muhd Fadhli Jusoh dan KU PDSI Ustaz Rasidi Yasin mengorak langkah baru apabila pengurusan mesyuarat SPI diberi pengiktirafan MS ISO 2008 oleh barisan juruaudit MS ISO. Sama-samalah kita doakan agar kecemerlangan GPI di sekolah akan lebih meningkat lagi dengan barisan kepimpinan terbaru ini.
Laporan Aktiviti Elektif, KKQ, Mesyuarat dan latihan SPI Kelantan (Tidak Rasmi)
Monday, August 13, 2012
R&D SPI 2012
Tahun 2012 ini saya dikejutkan dengan amanah baru menguruskan kajian dan latihan (LDP) SPI. Sebelum ini Ustaz Azlisham bin Ibrahim yang menjalankan tugas ini. Barulah jelas betapa kerja yang dilihat seperti ringan sebelum ini sebenarnya memakan masa dan tenaga serta menguji ketahanan jiwa. Untuk kajian pada tahun ini, hanya 2 kajian berjaya dihasilkan oleh SPI setelah menerima arahan dari BPI. Kajian Keberkesanan Guru Pendidikan Islam dan Kajian Balik Pukul 4 Petang SABK untuk memenuhi tuntutan Kurikulum Dini Azhari ke arus perdana. Manakala perancangan latihan telah dibuat dan dihantar mengikut 'tuan' yang meminta. Sama ada Unit LDP JPN atau BPI. Bagaimanapun Borang Matriks Kompetensi tidak dapat disempurnakan pada tahun ini. Terbaru Unit Latihan BPI yang dipimpin oleh Ustaz Abrar bin Idris telah merangka (bersama dengan pegawai-pegawai latihan JPN) Pelan Operasi Latihan bagi guru, pentadbir dan pegawai di JPN & BPI untuk tahun 2013 dan 2014. Kelak, tugas pegawai latihan di SPI akan menjadi lebih cekap kerana fokus kerja telah ditetapkan. Insya Allah menjelang 2013 penggunaan SLG atau SPML akan menjadi rutin buat pegawai SPI dan PPD.
Tasawur Islam mendepani cabaran
Cabaran terbesar menguruskan Tasawur Islam ialah 'komitmen' beberapa sekolah menjadikan Tasawur Islam subjek wajib bagi kelas-kelas hujung. Nama lagi subjek elektif, tentulah merbahaya jika pelajar yang tidak dapat menguasai Pendidikan Islam Teras pula mengambilnya. Bagaimanapun barisan JU Tasawur Islam Negeri Kelantan yang diketuai oleh Ustaz Md Zin dari SMA Amalin A'ishah Putri komited menghasilkan bahan-bahan berkualiti untuk kegunaan pelajar dan sekolah. Barisan Pembina Modul Tasawur Islam JPN terdiri daripada Us Md Zin sendiri, Ustaz Zulkifli Draman, Ustaz E. Samsudin Ibrahim dan Ustaz Shahabudin. Manakala Panel Penceramah pula Ustaz Shafaee Zakaria, Ustaz Rusdan Isa dan ramai lagi penceramah yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi.
Modul PSI 2012
Barisan Panel Penulis PSI SPI JPN Kelantan yang diketuai oleh Ustaz Faridah binti Yusof dari SMKA Melor serta dianggotai oleh Ustaz Azmi bin Mamat, Ustaz Jaafar bin Muhammad, Ustazah Afifah binti Yusof dan Ustazah Wan Azilah telah berjaya menghasilkan Modul Latih Tubi Kertas 1 dan 2 Pendidikan Syariah Islamiah. Ia merupakan hasil kerja mantap yang boleh menjadi rujukan dan bahan latih tubi berkesan menjelang peperiksaan SPM ini.
Basmi buta jawi SABK cemerlang
Post mortem peperiksaan SPM 2011 mendapati kelemahan sebilangan pelajar di SABK dalam aspek baca tulis jawi memberi impak yang tidak baik kepada keputusan peperiksaan sekolah-sekolah berkenaan baru-baru ini. Alhamdulillah gerak gempur intensif celik huruf oleh Unit Pengurusan Institusi Agama baru-baru ini akan memberikan impak yang positif kepada peningkatan prestasi akademik dan sahsiah pelajar-pelajar berkenaan.
Buku Modul Latih Tubi Kelas Kemahiran Al-Quran 2012 terbitan PEKDIS Cawangan Kelantan telah siap dicetak dan sedang menunggu tarikh yang sesuai untuk edaran. Bahan yang bermanfaat ini julung kali dibina di Kelantan. Panel Penulis buku ialah Ustaz Dusuki Ab Rahman, Ustaz Hamdan bin Awang Ngah, Ustaz Zakaria bin Idris dan Ustaz Samsul Zuhairi bin Said. Mudah-mudahan usaha murni ini diberi petunjuk dan keberkatan oleh Yang Maha Esa...
Subscribe to:
Posts (Atom)