Tuesday, September 3, 2013

3 September 2013 - Guru-guru Panel Penanda Kertas Peperiksaan KKQ 2013 berkumpul di Bilik Tok Kenali, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pengkalan Chepa untuk menyiapkan  penandaan 68 buah sekolah PMR dan 7 buah sekolah SPM. Penandaan yang diketuai oleh Ustaz Cemerlang Dusuki bin Abdul Rahman dari SMKA Wataniah berjalan lancar. Sedikit kecederaan yang dialami oleh Ustaz Zakaria bin Idris dari SMK Jeli sewaktu membaiki pisau tidak menjejaskan semangat ahli panel. Bengkel berakhir dengan 3 buah sekolah belum menghantar markah syafawi manakala 2 buah sekolah gagal menghantar kertas objektif.

Wednesday, August 28, 2013

Pemarkahan Kertas KKQ Tingkatan 3 dan 5 2013

Makluman kepada semua GKQ yang dilantik sebagai pemeriksa seperti lampiran, sila berhubung dengan pengurusan sekolah untuk mendapatkan surat bengkel pemeriksaan kertas. Tarikh pemeriksaan ialah 3 September 2013 di BTPN Pengkalan Chepa.
PERHATIAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH YANG BELUM MENGHANTAR MARKAH SYAFAWI, SILA BERBUAT DEMIKIAN SESEGERA MUNGKIN, ATAU KIRIMKAN KEPADA PEMERIKSA KERTAS (SEPERTI SENARAI DI PAUTAN) YANG BERHAMPIRAN DENGAN ANDA

Wednesday, July 3, 2013

MODUL POPULAR TASAWUR ISLAM

Contoh Modul SPM Tasawur Islam yang dibina dan diedarkan ke sekolah-sekolah oleh JPN Kelantan adalah seperti di bawah:
                                    MODUL SOALAN TAJUK POPULAR SPM TAS 2013

Bagi sekolah yang tidak menerima bahan berkenaan dari Sektor Pengurusan Akademik, sila buka laman web tokburong.wordpress.com milik Ustaz Sifu Tasawur Shafaae Zakaria dari SMK Jelawat untuk mendapatkan modul-modul yang lebih lengkap.

TARIKH PENTING UNTUK RUJUKAN SUP DAN GKQ

Tarikh-Tarikh Penting Peperiksaan KKQ

Kepada semua Setiausaha Peperiksaan yang menguruskan Peperiksaan KKQ, Sila klik pautan di atas untuk rujukan tarikh-tarikh penting pengurusan peperiksaan KKQ. Terima kasih atas kerjasama semua yang menjayakan peperiksaan bertulis KKQ pada 2 Julai yang lepas.

Thursday, June 27, 2013

BENGKEL PQS

BENGKEL TOT PEMBINAAN ITEM PENDIDIKAN QURAN SUNNAH DAN PENDEDAHAN PENGGUNAAN MODUL SPM 2013

24 Jun 2013 - Seramai 34 Guru Pendidikan Islam yang mengajar PQS dari seluruh negeri Kelantan berhimpun di Dewan Bestari 2, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri untuk menghadiri Bengkel TOT PEMBINAAN ITEMPQS  DAN PENDEDAHAN PENGGUNAAN MODUL SPM 2013.
     Kefahaman GPI tentang penggunaan JSU di dalam membina item dimantapkan oleh Jurulatih Utama PQS Negeri Pn. Naizan bt Mat Salleh dari SMKA Melor. GPI juga diberi peluang berbengkel dan membentangkan hasil perbincangan mereka untuk disemak oleh peserta-peserta kursus yang lain. Ustaz Mohd Rosli bin Idris selaku  fasilitator turut  memberikan tips-tips terkini pembinaan item untuk panduan guru-guru. Akhirnya pertemuan ini disudahi dengan pembentangan audit kurikulum JPN Kelantan oleh Us. Wan Zuhairi bin Wan Abdullah selaku Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, SPI JPN Kelantan.

BENGKEL TOT PEMBINAAN ITEM TASAWUR ISLAM

BENGKEL TOT PEMBINAAN ITEM TASAWUR ISLAM DAN PENDEDAHAN PENGGUNAAN MODUL SPM 2013

23 Jun 2013 - Seramai 102 Guru Pendidikan Islam yang mengajar Tasawur Islam dari seluruh negeri Kelantan berhimpun di Dewan Bestari 2, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri untuk menghadiri Bengkel TOT PEMBINAAN ITEM TASAWUR ISLAM DAN PENDEDAHAN PENGGUNAAN MODUL SPM 2013.
     Kefahaman GPI tentang penggunaan JSU di dalam membina item dimantapkan oleh Jurulatih Utama Tasawur Islam Negeri Tuan Haji Md Zain bin Daud dari SMK Tg. Amalin A'ishah Putri. GPI juga diberi peluang berbengkel dan membentangkan hasil perbincangan mereka untuk disemak oleh peserta-peserta kursus yang lain. Ustaz Mohd Shafaee Zakaria selaku Blogger Tersohor tokburong.wordpress.com juga hadir memberikan selaku fasilitator untuk memberikan input terbaru bahan-bahan Tasawur Islam dari blog beliau. Akhirnya pertemuan ini yang dimulakan dengan pembentangan audit kurikulum JPN Kelantan oleh Us. Wan Zuhairi bin Wan Abdullah selaku Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam telah berjaya meninggalkan impak kepada kualiti pembinaan item GPI yang hadir berkursus.

ARAHAN PEPERIKSAAN KKQ

Arahan Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran 

Diminta Setiausaha Peperiksaan atau Guru KKQ memuat turun arahan pelaksanaan di atas bagi melicinkan proses pengurusan peperiksaan. Terima kasih.