Thursday, June 27, 2013

BENGKEL PQS

BENGKEL TOT PEMBINAAN ITEM PENDIDIKAN QURAN SUNNAH DAN PENDEDAHAN PENGGUNAAN MODUL SPM 2013

24 Jun 2013 - Seramai 34 Guru Pendidikan Islam yang mengajar PQS dari seluruh negeri Kelantan berhimpun di Dewan Bestari 2, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri untuk menghadiri Bengkel TOT PEMBINAAN ITEMPQS  DAN PENDEDAHAN PENGGUNAAN MODUL SPM 2013.
     Kefahaman GPI tentang penggunaan JSU di dalam membina item dimantapkan oleh Jurulatih Utama PQS Negeri Pn. Naizan bt Mat Salleh dari SMKA Melor. GPI juga diberi peluang berbengkel dan membentangkan hasil perbincangan mereka untuk disemak oleh peserta-peserta kursus yang lain. Ustaz Mohd Rosli bin Idris selaku  fasilitator turut  memberikan tips-tips terkini pembinaan item untuk panduan guru-guru. Akhirnya pertemuan ini disudahi dengan pembentangan audit kurikulum JPN Kelantan oleh Us. Wan Zuhairi bin Wan Abdullah selaku Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, SPI JPN Kelantan.

BENGKEL TOT PEMBINAAN ITEM TASAWUR ISLAM

BENGKEL TOT PEMBINAAN ITEM TASAWUR ISLAM DAN PENDEDAHAN PENGGUNAAN MODUL SPM 2013

23 Jun 2013 - Seramai 102 Guru Pendidikan Islam yang mengajar Tasawur Islam dari seluruh negeri Kelantan berhimpun di Dewan Bestari 2, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri untuk menghadiri Bengkel TOT PEMBINAAN ITEM TASAWUR ISLAM DAN PENDEDAHAN PENGGUNAAN MODUL SPM 2013.
     Kefahaman GPI tentang penggunaan JSU di dalam membina item dimantapkan oleh Jurulatih Utama Tasawur Islam Negeri Tuan Haji Md Zain bin Daud dari SMK Tg. Amalin A'ishah Putri. GPI juga diberi peluang berbengkel dan membentangkan hasil perbincangan mereka untuk disemak oleh peserta-peserta kursus yang lain. Ustaz Mohd Shafaee Zakaria selaku Blogger Tersohor tokburong.wordpress.com juga hadir memberikan selaku fasilitator untuk memberikan input terbaru bahan-bahan Tasawur Islam dari blog beliau. Akhirnya pertemuan ini yang dimulakan dengan pembentangan audit kurikulum JPN Kelantan oleh Us. Wan Zuhairi bin Wan Abdullah selaku Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam telah berjaya meninggalkan impak kepada kualiti pembinaan item GPI yang hadir berkursus.

ARAHAN PEPERIKSAAN KKQ

Arahan Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran 

Diminta Setiausaha Peperiksaan atau Guru KKQ memuat turun arahan pelaksanaan di atas bagi melicinkan proses pengurusan peperiksaan. Terima kasih.

BAHAN TAHSIN

Bahan Ceramah Kursus Tahsin Al-Quran

Kepada Guru Kelas Kemahiran Al-Quran atau peserta Kursus Tahsin Zon Timur anjuran BPI yang berminat untuk muat turun bahan ceramah kursus berkenaan, sila klik pautan di atas.

INSTRUMEN PEMANTAUAN

Instrumen Pemantauan Kelas Kemahiran Al-Quran

Kepada semua SUP atau GKQ sekolah-sekolah yang mengambil peperiksaan KKQ tahun 2013. Sila klik pautan di atas untuk muat turun instrumen pemantauan peperiksaan dan instrumen pemantauan kelas KKQ.

Wednesday, June 26, 2013

SISTEM PEMARKAHAN KKQ

SISTEM PEMARKAHAN KKQ 2013

Sila muat turun pautan di atas untuk mendapatkan borang pemarkahan KKQ 2013.
Username adalah kod sekolah dan Password juga kod sekolah (semua huruf besar)
Apabila hendak menghantar markah dengan email (export) Save file dengan nama KKQ diikuti
dengan Kod Sekolah. Contohnya kkqdea6644 dan hantarkan kepada asrazm74@gmail.com.
Sekian.