Laporan Aktiviti Elektif, KKQ, Mesyuarat dan latihan SPI Kelantan (Tidak Rasmi)
Monday, August 13, 2012
R&D SPI 2012
Tahun 2012 ini saya dikejutkan dengan amanah baru menguruskan kajian dan latihan (LDP) SPI. Sebelum ini Ustaz Azlisham bin Ibrahim yang menjalankan tugas ini. Barulah jelas betapa kerja yang dilihat seperti ringan sebelum ini sebenarnya memakan masa dan tenaga serta menguji ketahanan jiwa. Untuk kajian pada tahun ini, hanya 2 kajian berjaya dihasilkan oleh SPI setelah menerima arahan dari BPI. Kajian Keberkesanan Guru Pendidikan Islam dan Kajian Balik Pukul 4 Petang SABK untuk memenuhi tuntutan Kurikulum Dini Azhari ke arus perdana. Manakala perancangan latihan telah dibuat dan dihantar mengikut 'tuan' yang meminta. Sama ada Unit LDP JPN atau BPI. Bagaimanapun Borang Matriks Kompetensi tidak dapat disempurnakan pada tahun ini. Terbaru Unit Latihan BPI yang dipimpin oleh Ustaz Abrar bin Idris telah merangka (bersama dengan pegawai-pegawai latihan JPN) Pelan Operasi Latihan bagi guru, pentadbir dan pegawai di JPN & BPI untuk tahun 2013 dan 2014. Kelak, tugas pegawai latihan di SPI akan menjadi lebih cekap kerana fokus kerja telah ditetapkan. Insya Allah menjelang 2013 penggunaan SLG atau SPML akan menjadi rutin buat pegawai SPI dan PPD.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Silakan memberi komentar anda.